10 July 2019
FAUZI NAWAWI: "ISTERI TERIMA BANYAK MESEJ ORANG RAMAI DAKWA PERNAH JADI MANGSA"
Umum mengetahui mengenai pasangan selebriti Lisdawati dan fauzi Nawawi yang memberi tempoh masa kepada wanita dikenali sebagai Nurul Ashikin itu untuk tampil menyerah diri sebelum 31 Ogos depan sekiranya dia enggan berdepan tindakan undang-undang. Setelah sekian lama, akhirnya kes penipuan membabitkan isteri Fauzi yang kerugian ribuan ringgit akibat ditipu seorang wanita sejak dua tahun lepas hampir selesai apabila individu tersebut akhirnya memunculkan diri.
Selepas amaran tersebut dikeluarkan menerusi laporan media, wanita itu telah membuat permohonan maaf kepada Lisdawati menerusi rakannya dan berjanji untuk melangsaikan hutang tersebut secara ansuran. Terdahulu, pada Jun lalu Lisdawati pernah memuatnaik maklumat berkenaan wanita itu dalam Instagramnya selepas dia menghilangkan diri bersama sejumlah wang yang dibayar bagi tujuan pelaburan.
Fauzi ketika ditanya perkembangan kes tersebut, ini katanya: "Sebenarnya kes ini sudah berlalu lebih setahun ketika isteri saya sedang hamil anak bongsu kami. Tetapi pada waktu itu. kami masih memberi peluang kepada wanita berkenaan. Kami beranggapan dia mungkin berdepan masalah peribadi seperti rumah tangga.
Klik untuk gambar besar
"Malangnya, dia terus menghilangkan diri tanpa dapat dijejaki. Kediamannya juga kosong ketika kami pergi mencarinya. Mujurlah selepas saya memberi amaran kepadanya menerusi platform media baru-baru ini, akhirnya dia muncul dan memohon maaf menerusi orang tengah. Dia berjanji akan melangsaikan hutang tersebut secara ansuran.
"Cuma selepas sehari saya mendedahkan tentang kemunculannya, isteri menerima banyak mesej daripada orang ramai dalam Instagram yang mendakwa mereka juga pernah menjadi mangsa wanita itu. Jadi, saya berasa tidak sedap hati pula selepas semakin ramai mencari isteri saya berkaitan kes ini.
"Jalan terakhir, sudah tentulah tindakan undang-undang. Sebab kes membabitkan wanita itu bukannya perkara kecil, tetapi berkaitan pelaburan dan melibatkan dokumen kerajaan. Penyelesaiannya, kami beri tempoh dalam masa terdekat untuk kes ini diselesaikan supaya tidak melibatkan orang lain.
www.myartis.com / Sumber & foto: Kosmo & Instagram Lisdawati
________________________
Labels:
Berita sana sini,
Gambar sana sini
No comments:
Post a Comment