10 July 2019
"BERHENTI KERANA BANTU KELUARGA" - AMARIS TAK MAHU TUDUHAN JAHAT DIKAITKAN
"Saya tak mahu bahaskan mengenai perkara ini. Cukuplah jika mereka tahu kami tidak mempunyai apa-apa hubungan selain daripada rakan sekerja. Selain itu, saya membantu sekolah tahfiz di Ipoh milik beliau agar ia terus beroperasi.
"Saya banyak membantu dari segi marketing untuk mempromosikan produk beliau. Dalam masa sama dia sangat berbesar hati untuk mengajar saya cara berniaga," demikian kata pelakon Putra Amaris yang menjelaskan hubungan baik yang terjalin dengan jutawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Vida (DSV) tidak lebih sekadar rakan perniagaan.
Amaris atau nama sebenarnya Muhammad Amran Ismail, 33, berkata, dia kini membantu dalam menguruskan hal pemasaran dan perniagaan milik usahawan itu. Dalam pada itu, Amaris tidak mahu tindakannya berhenti kerja sebelum ini mengundang tanggapan negatif dan tuduhan jahat terhadap usahawan itu.
Klik untuk gambar besar
"Saya berhenti bekerja dengan Vida sebelum ini adalah kerana mahu membantu perniagaan keluarga. Waktu itu ayah saya baharu meninggal dunia. Saya terpaksa membantu ibu menguruskan perniagaan ayah yang sudah lebih 20 tahun. Mungkin apa yang berlaku sebelum ini adalah kesilapan diri saya sendiri dan untuk itu saya ingin memohon maaf.
"Saya tak mahu sebarang tuduhan jahat dikaitkan dengan Vida kerana dia seorang yang sangat baik terhadap saya," jelasnya selepas kehadirannya dalam beberapa majlis melibatkan usahawan terkenal itu mengundang pelbagai spekulasi.
www.myartis.com / Sumber & foto: mStar, Instagram Putra Amaris & Datuk Seri Vida
________________________
Labels:
Berita sana sini,
Gambar sana sini
No comments:
Post a Comment