10 July 2019

MAWAR KORBANKAN KASIH SAYANG - FIZO ENGGAN REBUT ANAK, JANJI TAK PISAHKAN


"Selama enam tahun tempoh perkahwinan kami, saya telah cuba dan Fizo telah cuba untuk selamatkan perkahwinan ini. Mungkin sampai sini sahaja usaha saya untuk mencari keserasian antara Fizo dan keluarga. Saya korbankan kasih sayang saya demi kebahagiaan Fizo dan keluarga," demikian tutur Mawar Karim yang reda perkahwinan yang dibina bersama pelakon Fizo Omar berakhir dengan perceraian.





Menurut Mawar atau nama penuhnya Mawar Abd. Karim, 30, dia telah berusaha selama enam tahun untuk menyayangi Fizo, 34, dan keluarga demi membaiki rumah tangga mereka. Mawar berkata, sebagai wanita dia amat menyayangi rumah tangga yang dibina dan kedua-dua pihak berusaha untuk menyelamatkan perkahwinan tersebut.

Mengulas mengenai kesudian memberikan peluang kedua terhadap Fizo, Mawar menyatakan jauh di sudut hatinya dia masih menyayangi pelakon itu. Namun katanya, masih terlalu awal untuk mengulas lanjut mengenai perkara berkenaan: "Sudah tentu semua wanita sayangkan rumah tangga mereka dan cuba untuk menyelamatkannya sedaya upaya. Saya enggan komen lanjut. Fizo seorang abang dan anak yang baik kepada keluarga".

Klik untuk gambar besar


Sehingga kini, hak penjagaan anak menjadi tanggungjawab Mawar yang merupakan usahawan tudung Fareeda itu sehingga diputuskan kelak: "Maryam akan tinggal bersama saya tetapi saya takkan putuskan hubungan bapa dan anak".

Dalam pada itu, Fizo tidak merancang untuk merebut hak penjagaan anak dan berjanji tidak akan memisahkan kasih sayang antara seorang anak dan ibu. Tambah Fizo mereka bersedia untuk menjadi pasangan ibu bapa yang terbaik untuk anak mereka Wan Maryam berusia dua tahun: "Hak penjagaan anak saya serahkan kepada Mawar. Saya tidak akan pisahkan mereka".

Fizo dan Mawar disatukan sebagai suami isteri pada November 2013 dan dikurniakan cahaya mata perempuan, Wan Maryam selepas empat tahun menanti dengan sabar. Pasangan ini disahkan bercerai talak satu di Mahkamah Syariah Hulu Langat, Bandar Baru Bangi, hari ini.








www.myartis.com / Sumber: Kosmo & Astro Gempak


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: