10 July 2019

'COMOLOT' DENGAN ANAK PEREMPUAN - NORMAN HAKIM DITEGUR NETIZEN


Semua mengetahui mengenai pelakon Norman Hakim yang sememangnya dikenali sebagai seorang ayah yang manja dan penyayang. Dia kerap memeluk dan mencium anak-anaknya baik lelaki mahupun perempuan walaupun anak-anaknya sudah pun besar. Meskipun sudah lama berpisah dengan pelakon Abby Abadi, namun hubungan mereka sangat baik demi anak-anak.





Norman dilihat sering berkongsikan foto dan video bersama keluarga di laman Instagram, namun muatnaik terbaru, Norman telah memuatnaik satu video di mana anak bongsunya bersama bekas isteri iaitu Maria Danisha Hakim dilihat sedang memeluk manja dengan ayahnya. Norman juga dilihat beberapa kali mencium kepala anak perempuannya itu.

Bagaimanapun, ada netizen yang menegur Norman untuk menjaga batas antara dirinya dan anak perempuan kerana tidak manis dilihat seorang bapa mencium mulut anak gadisnya. Boleh bermanja tapi perlu ada batasnya kerana tidak manis pada pandangan orang. Namun ramai yang menganggap ianya bukan merupakan satu kesalahan untuk ayah mencium mulut anak perempuannya selagi masih dalam batas agama.

Malah ada yang mengatakan mereka yang mengkritik tindakan pelakon itu adalah mereka yang kurang mendapat kasih sayang. Biasalah tu, setiap orang mempunyai pendapat yang berbeza. Untuk mengelakkan sebarang kontroversi sebaiknya tidak perlu dikongsi video sebegitu kepada umum walaupun niat Norman baik dan sekadar untuk berkongsi sikap manja anak perempuannya itu.

Klik untuk gambar besar







www.myartis.com / Sumber: Forum CARI & Rotikaya


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: