29 July 2019

SELAMAT BERTUNANG - UPIAK BAKAL AKHIRI ZAMAN JANDA


Alhamdulillah... tahniah kami ucapkan kepada penyanyi yang popular menerusi lagu 'Tak Tun Tuang', Upiak Isil yang telah selamat melangsungkan pertunangan dengan jejaka pilihan hatinya, Dilham pada Sabtu lalu. Berita gembira itu dikongsi menerusi kemas kini akaun Instagramnya semalam.





"Alhamdulillah. Bertunangan dengan @dzilhm1412. 27 Julai 2019," tulisnya ringkas yang turut berkongsi beberapa keping foto semasa majlis berlangsung bersama tunangnya.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata rakan artis dan pengikut Upiak mengucapkan tahniah kepada pasangan ini serta mendoakan agar segalanya berjalan dengan lancar.

Klik untuk gambar besar


"@yamnnr: Tahniah Upiak. Selamat bertunangan semoga kekal ke jinjang pelamin." - "@zulinaziz: Congrats Upiakkk." - "@ariantiseptina: Selamat ya Upiak Isil semoga segalanya lacar sampai ke hari pernikahannya. Amin."

Terdahulu, Upiak pernah mendirikan rumah tangga pada tahun 2013 dan bercerai dua tahun selepas itu. Perceraian Upiak bersama bekas suaminya disebabkan oleh keluarga bekas suaminya yang kurang menggemari dirinya.






www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Upiak


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: