23 July 2019

SELESAI DIBEDAH - SITI NORDIANA GEMBIRA BEBAS KANTA LEKAP


"Alhamdulillah, Nana dah buat pembedahan bebas rabun Jumaat lepas. Kira ini first show Nana tak payah pakai lens dah. Happy sangat sebab dah nampak jelas. Insya-Allah bila dah clear nampak ni, moga Nana dapat melihat semua orang dengan lebih kasih sayang, okay.





"Thank You @profmuhayaeyelasikcentre. Memang tak sakit langsung. If ada hasrat nak buat, jangan risau sebab pembedahan dia kejap je. Lebih kurang 5 minit je! Haa tak sangkakan! So boleh datang terus check mata. If mata ok, sesuai boleh terus buat," demikian tulis penyanyi dan pelakon Siti Nordiana menerusi laman Instagram miliknya.

Siti Nordiana atau lebih mesra disapa sebagai Nana itu mengakui bersyukur apabila selamat menjalani pembedahan bebas rabun pada Jumaat lalu. Dalam entri tersebut, Nana menjelaskan pandangannya kini lebih jelas selepas melakukan pembedahan dan tidak perlu lagi memakai kanta lekap

Klik untuk gambar besar


Melihat pada ruangan komen pula, rata-rata mengakui akan merindui untuk melihat Nana untuk memakai cermin mata: "@ira_syafiqah94: Alhamdulilah. Mata kak Nana cantik sangat tenang je tengok. Lepas ni kami akan rindu la kak Nana pakai cermin mata." - "@elzahra_snd: Cantik sangat mata kak Nana tak pakai lens. Tak leh move on tengok mata baru kak Nana, lepas ni mesti rindu nak tengok kak Nana pakai spek."

"@mus_cmr: Alhamdulillah Nana! Happy sangat bila tengok Nana tak payah bawak banyak spek. Mata Nana cantik sangat tak puas tengok tapi tu la kami rindu Nana pakai spek macam dulu sebab comel." - "@sallyusof67: Cantik dengan mata yang baru ni. Nampak lagi lebih muda gitew."






www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Siti Nordiana


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: