25 July 2019

SETAHUN TANPA TAWARAN - JOHAN AS'ARI RASA SYUKUR DAPAT 'KERJA'


Pelakon Johan As'ari, 33, meluahkan rasa syukur apabila akhirnya ditawarkan 'pekerjaan' hari ini selepas setahun tidak menerima tawaran berlakon. Johan ketika dihubungi berkata, berita gembira itu dimaklumkan pengurusnya, Marina Juki menerusi aplikasi WhatSApp pada jam 10.29 pagi.





"Saya menadah kesyukuran kepada Allah SWT atas rezeki yang dikurniakan. Saya menghargai Harian Metro yang menyiarkan keperitan hidup saya ekoran tiada kerja sejak setahun," katanya yang akan menjayakan sebuah program komedi, 'All Star Buka Panggung' terbitan sebuah stesen televisyen berbayar.

Katanya, dia akan memulakan penggambaran pada 1 Ogos ini dan terbabit dengan program itu sebanyak tiga episod: "Bagi setiap episod saya akan dibayar RM3,000 dan ini rezeki terindah buat saya," tuturnya yang sebelum ini mengakui dirinya ego dan keras kepala hingga menyebabkan pengarah produksi dan stesen televisyen serta tidak ada tawaran berlakon.

Pelakon yang melonjak menerusi watak Botak dalam drama dan filem 'Juvana' itu akhirnya memohon maaf kepada semua dan berjanji tidak akan mengulangi kesilapan lalu. Tidak sampai 24 jam kisahnya disiarkan, Johan akhirnya ditawarkan 'pekerjaan'.

Klik untuk gambar besar



www.myartis.com / Sumber: Harian Metro


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: