11 July 2019

SUFIAN SUHAIMI BERCINTA DENGAN PEMBACA BERITA TV3?


Patah tumbuh hilang berganti!

Mungkin itu yang berlaku terhadap Sufian Suhaimi apabila didakwa sudah menemui pengganti iaitu seorang pembaca berita TV3 dikenali sebagai Hawa Rizwana.

Namun bila diajukan soalan itu, Hawa Rizwana menafikan dakwaan tersebut dengan menjelaskan mereka hanya berkawan baik sahaja. Katanya dia mengenali Sufian sejak dia menyambung pengajian di UiTM lagi.





"Ketika itu Sufian di bawah kendalian ayah (Profesor Datuk Dr Ahmad Redzuan Abd Rahman) yang juga pensyarah di UiTM. Sufian sering datang ke rumah di Subang Jaya dan sejak itu kami berkawan.

"Saya tiada ‘feeling’ (perasaan) untuk percintaan dan kami juga tidak ke arah itu. Saya mahu katakan bukan pengganti Elfira Loy,” katanya dipetik sebagai berkata.

Tambah Hawa, hingga kini dia juga berkawan dengan Elfira Loy.



         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: