11 July 2019
KEMBALI BERCINTA - AZIRA SHAFINAZ (DE FAM) RUJUK DENGAN KEKASIH LAMA
Penyanyi kumpulan De Fam, Azira Shafinaz akhirnya rujuk semula dan kembali bercinta dengan kekasihnya, Yasser Khan. Untuk info, sebelum ini mereka telah berpisah selama enam bulan.
Alasan Azira yang juga seorang pelakon itu, dia kembali ke pangkuan kekasihnya yang bernama Yasser itu kerana tiada lelaki lain yang mempunyai kriteria yang dicarinya.
“Kami putus dahulu bukan disebabkan orang ketiga atau kerana curang, cuma mungkin Allah mahu menguji keteguhan cinta kami.
“Bohong jika kami pernah tidak bergaduh atau bermasam muka, lebih lagi hubungan kami sudah berlanjutan hampir enam tahun. Ada ketika, perkara yang kecil boleh menjadi isu besar," ujar Azira dipetik sebagai berkata.
“Kami perlukan tempoh untuk bertenang dan muhasabah diri. Keputusan itu memberi kami ruang untuk berfikir semasak-masaknya, sama ada mahu mengakhiri atau memperbaiki hubungan yang berantakan.
“Paling utama, dia mementingkan agama. Dia selalu menekankan mengenai solat dan mampu membimbing saya ke arah kebaikan.
“Saya selalu memberitahu rakan, saya mahukan 'imam' yang dapat membimbing, bukan lelaki yang hanya memandang kesempurnaan luaran, tetapi gagal membentuk saya.
“Tidak pernah saya temui lelaki yang ikhlas menyayangi saya seperti Yasser. Biarpun hubungan kami pernah diuji dengan perpisahan, Yasser tidak berputus asa memujuk dan memperbaiki kelemahan yang ada,” tambahnya.
________________________
No comments:
Post a Comment