11 July 2019
TAK BOLEH NAIK KAPAL TERBANG - KEPULANGAN AINUL MARDHIAH TERTANGGUH
Pastinya ramai yang mendoakan agar adik Ainul Mardhiah selamat kembali dari London ke Kuala Lumpur apabila keluarganya memberitahu mereka bakal pulang sekiranya kesihatan anak mereka bertambah baik.
Namun perancangan Allah SWT lebih hebat buat mereka apabila mereka bertiga terpaksa tangguh rancangan pulang akibat faktor kesihatan Ainul yang tidak mengizinkan.
"Siapa yang tak rasa sedih bila anak yang kita kandungkan dalam perut, kita lahirkan sendiri dengan sakit yang kita tanggung sendiri akan menghadapi pelbagai ujian. Tapi kesedihan itu semua tidak akan patahkan semangat bila kita dapat tengok anak kita setiap masa, dapat spend time masa bersama dengan anak kita setiap hari. .
"Hampir dua bulan berada di London, membawa Ainul untuk menerima rawatan di London adalah satu keputusan yang paling terbaik untuk memastikan Ainul sihat dan dapat diberikan rawatan yang sewajarnya. Memang betul, Ainul sepatutnya dibenarkan pulang ke Malaysia pada 8/7(Isnin) pada 9:30 malam waktu London dan dijangka akan sampai ke Malaysia pada 9/7(Selasa) pada 5:30 petang waktu Malaysia. Segala persiapan sudah dilakukan. Dr di sini sudah benarkan Ainul pulang dan Dr juga sudah check keadaan Ainul pada hari jumaat dan Ainul sangat sangat baik," demikian kata ibu Ainul, Nurul Erwani Zaini, melalui IGnya.
"Siapa sangka, perancangan ALLAH Maha Hebat. Kami tak dapat pulang ke Malaysia atas faktor kesihatan Ainul tidak mengizinkan untuk Ainul berada di dalam kapal terbang. Ainul demam dan batuk pada pagi hari Isnin sepatutnya hari kepulangan kami ke Malaysia. Ada hikmah semua ini akan berlaku. ALLAH pasti tahu apa yang terbaik untuk kami. Ya saya pasti.
"Saya harap dan mohon semua sabar, bertenang dan sentiasa selitkan doa yang baik baik untuk kami kerana apa yang kita doa pada orang akan berbalik pada kita sendiri. Saya pun sentiasa mengharap dan meminta pada ALLAH supaya apa yang berlaku pada waktu ini akan memberi sinar bahagia pada saya dan keluarga pada waktu yang mendatang," tambahnya lagi.
________________________
No comments:
Post a Comment