08 July 2019

TAYANG KERETA MEWAH - ISMAIL NAFI RIAK, HANYA KONGSI TITIK PELUH SENDIRI


"Instagram itu ruang untuk saya berkongsi banyak perkara dan contohnya baru-baru ini saya muat naik foto beli kereta mewah bukan sebab nak menunjuk atau riak. Sebenarnya saya hanya mahu berkongsi apa yang sama miliki atas usaha dan titik peluh sendiri bukannya nak berbangga diri semata-mata!





"Selama tiga tahun dalam industri, saya rasa tak salah untuk saya beri penghargaan untuk diri sendiri dengan membeli sesuatu yang kita minat dan kereta mewah itu adalah kereta pertama saya," kata penyanyi Ismail Izzani yang tidak mudah melatah dan memberitahu dia sekadar berkongsi pencapaiannya hasil titik peluhnya sendiri sepanjang bergelar anak seni.

Perkongsian Ismail mengenai dirinya sudah mampu memiliki kereta mewah Mercedes Benz CLA 200 di usia 19 tahun telah itu menimbulkan rasa kurang senang netizen. Ada yang beranggapan Ismail bersikap riak dan seolah sengaja ingin menunjuk kemewahan yang dimiliki.

Klik untuk gambar besar


Sering berkongsikan video aktiviti sehariannya, Ismail berkata peminatnya memahami cara dia berkomunikasi sesama mereka dan dia juga mempunyai cara tersendiri menghiburkan peminat: "Saya kongsi banyak benda, sampai buat video menari gila-gila pun saya upload, kebanyakan pengikut setia sudah faham dan tak ambil serius.

"Tapi kalau orang yang tak biasa dengan cara saya, mereka pasti akan mengecam. Tak apalah masing-masing ada cara utuk meluahkan pendapat dan saya terima apa saja komen mereka," tutur anak kepada penyanyi era 1980-an iaitu Datin Suliza Salam.




www.myartis.com / Sumber & foto: mStar & Instagram Ismail Izzani


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: