08 July 2019

SOO WINCCI CATAT REKOD BARU LAGI DI MALAYSIA BOOK OF RECORD


Tahniah kami ucapkan kepada penyanyi, pelakon dan model jelita Dr Soo Wincci yang telah dinobatkan sekali lagi dalam Malaysia Book of Record (MBOR), hari ini. Beliau dinobatkan dalam dua rekod iaitu sebagai Ratu Cantik Yang Memiliki Ijazah Akademik Terbanyak dan Artis Rakaman Yang Memiliki Ijazah Akademik Terbanyak.





Soo Wincci ketika dihubungi berkata, dalam tempoh 15 tahun, beliau berjaya memiliki ijazah Sarjana Muda Undang-undang (2007), Sarjana Pengurusan Perniagaan (2008), Doktor Falsafah (PhD) dalam Perniagaan (2016), Sarjana Muzik (2018) dan terbaru ijazah Pasca Sarjana Fellowship dari Berklee Valencia, Sepanyol hari ini.

"Ini hanya satu permulaan, saya tidak dilahirkan cerdik atau memiliki nasib baik jadi perlulah sentiasa belajar. Hari ini juga hari bersejarah buat saya, selain graduasi yang kelima di Sepanyol, saya juga berjaya mencipta single terbaru dalam empat bahasa (Melayu, Mandarin, Inggeris dan Sepanyol).

Klik untuk gambar besar


"Single ini akan dilancar serta diterbitkan bersama syarikat rakaman dan penerbit dari Taiwan dan China iaitu Ocean Butterflies, Taihe dan Touch Music. Selain itu, untuk projek graduasi, saya berjaya mencipta versi remix dalam 360 Audio dan Visual yang semuanya akan dilancarkan pada bulan ini dan Ogos depan," katanya.

Walaupun banyak cabaran yang pernah dilalui, beliau tidak akan berhenti dan itu hanya bab yang baru untuknya membina impian di persada muzik antarabangsa. Terbaru, Wincci juga baru mendapat tawaran dari universiti terkenal di Sepanyol iaitu University of Polytechnic untuk melanjutkan pengajian di peringkat PhD yang kedua dalam bidang Produksi Artistik.

Katanya, beliau akan membina tapak di Sepanyol serta terbang ulang alik ke Asia untuk pelbagai program seperti rakaman televisyen dan persembahan. Wincci berharap, segala yang dilaluinya akan menjadi sumber inspirasi kepada semua supaya terus belajar dan mencapai impian.






www.myartis.com / Sumber & foto: Harian Metro & Instagram Soo Wincci


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: