08 July 2019

'MUAMMAR RAFIQI', NAMA ANAK SULUNG TASHA MANSHAHAR & RAQIB MAJID


Di hari ke-16 kelahiran, penyanyi Raqib Majid telah mengumumkan nama anak sulung, lelaki hasil perkahwinannya dengan penyanyi Tasha Manshahar pada 8 September 2018, menerusi laman Instagram miliknya dengan memperkenalkan sebagai 'Muammar Rafiqi'.





Menerusi entri tersebut Raqib memuatnaik foto yang menunjukkan sebahagian wajah bayinya yang dikaburkan. Terdahulu, Raqib ada meminta peminat meneka nama anaknya, tetapi tiada siapa yang berjaya meneka dengan tepat. Bagaimanapun, Raqib meminta agar semua mendoakan agar anaknya diberi kesihatan yang baik sentiasa.

"Assalamualaikum uncles & aunties. Nama saya "Muammar Rafiqi bin Fahrur Raqib". Maaf tiada seorang pun tepat teka nama saya. Banyak yang sipi-sipi. Baru nak makan dengan uncles dan aunties semua. next time la ya? Doakan saya sihat sejahtera ya? saya baru masuk 16 hari. Amin," tulisnya yang menerima komen dimana rata-rata mendoakan agar bayi sulungnya membesar dengan sihat.

Klik untuk gambar besar







www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak, Instagram Raqib Majid & Tasha Manshahar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: