01 July 2019
TIMANG ANAK LELAKI OGOS DEPAN - SHIMA ANUAR BERSYUKUR TERCAPAI
"Saat dimaklumkan bakal mendapat anak lelaki, saya amat bersyukur... Kira lengkaplah sepasang. Anak perempuan sulung, Marian Sophian berusia setahun enam bulan bakal mendapat adik. tak lama lagi. Sebelum ini, dalam kehamilan pertama, saya memang mahukan bayi lelaki...
"Cuma rezeki datang kali ini," kata pelakon Shima Anuar apabila impiannya untuk menimang cahaya mata lelaki tercapai apabila mengumumkan jantina bayi dikandung, petang semalam dan dia dijangka melahirkan anak keduanya itu secara pembedahan pada 8 Ogos depan.
Shima atau nama sebenarnya, Noor Hashimah Anuar yang memasuki bulan kelapan kehamilan, membuat pengumuman itu pada majlis rumah terbuka Aidilfitri di kediamannya di Damansara Perdana, Petaling Jaya. Ditanya pengalaman mengandung kali ini, Shima mengaku cepat letih.
Klik untuk gambar besar
"Tapi saya masih boleh bertahan dan mengharunginya. Jarak usia setahun antara anak sulung dan kandungan ini difikirkan baik untuk saya hamil lagi," tuturnya yang berkahwin dengan duda anka dua, Mohd Solih Taha pada 8 April 2017.
Shima turut bersyukur anak sulungnya akrab dengan dua beradik tiri, hasil perkahwinan terdahulu suami: "Marian beruntung ada abang dan kakak... Sekarang tunggu dapat adik pula. Saya juga anggap dua beradik itu macam anak sendiri. Saya bersyukur hubungan dengan bekas isterinya juga sangat baik. Saya sangat bahagia kerana ada keluarga tambahan".
www.myartis.com / Sumber & foto: Berita Harian & Instagram Shima Anuar
________________________
Labels:
Berita sana sini,
Gambar sana sini
No comments:
Post a Comment