Menerusi laman Instagram, Bella Astillah telah berkongsi sedutan video tarian cover lagu 'Boy With Luv' nyanyian BTS feat. Halsey di laman Instagram (IG) milinya dan ia mendapat komen para peminat yang rata-ratanya memuji skil tarian ibu tunggal itu kala mengikut rentak lagu yang menjadi siulan seluruh dunia itu.
Tidak hanya peminat, rakan selebriti seperti Betty Rahmad dan Mawar Rashid turut meninggalkan komen positif terhadap entri terkini bekas isteri penyanyi dan pelakon Aliff Aziz itu. Sambil bertanya kepada pengikutnya siapa yang ingin menonton video tarian berkenaan dalam versi penuh, adiknya Didi Astillah turut berkongsi video sama di IG rasminya.
Apa yang menarik, Didi menjelaskan step tarian yang dibuat sebenarnya baru dipelajari pada momen video tersebut mahu dirakamkan: "Siapa nak tengok tendangan maut kitorang? ๐ป go tengok later kat IGTV kak @bellaastillah ❤️๐๐๐งก oh, and... Video ni suka suka je taw! and time shoot the video, time tu la juga baru practice step! ๐คฃ๐ but had so much fun did it with these girls ๐๐๐ป Enjoy! #bts #btsarmy ๐ฅ : @cameo.x....".
Klik untuk gambar besar
VIDEO YANG DIMUATNAIK DIDI ASTILLAH
VIDEO YANG DIMUATNAIK BELLA ASTILLAH
www.myartis.com / Sumber, foto, video: Media Hiburan, Instagram Bella Astillah & Didi Astillah
________________________
No comments:
Post a Comment