30 June 2019

BILA ALIF STAR TERIMA SURAT CINTA, 'DILAMAR' BUDAK 8 TAHUN


"Surat cinta. Hello, Alif Satar. Saya cintakan awak, awak pelakon. Saya nak kahwin dengan awak, Alif Satar," demikianlah surat ditulis kanak-kanak perempuan, Humaira berusia 8 tahun buat penyanyi dan pelakon Alif Satar yang menerima komen dimana rata-rata netizen menyifatkan sebagai mencuit hati.





Menerusi perkongsian sepupunya, Shah, Humaira meminta bapanya untuk menyampaikan surat tersebut ketika solat Jumaat. Shah juga memberitahu, Humaira menerima ucapan hari jadi istimewa daripada artis kesayangannya itu minggu lalu sehingga menyebabkan kanak-kanak itu terlalu teruja sehingga meluahkan isi hati untuk berkahwin.

Foto yang dimuatnaik tersebut mendapat lebih 7,900 ulang kicau (retweet) dan tanda suka (like) sebanyak 7,300 di laman sosial. Menerusi perkongsian tersebut, penyanyi lagu 'Sesungguhnya 2019' itu dilihat sudah menerima surat tersebut ketika berada di masjid pada Jummat.

Klik untuk gambar besar





www.myartis.com / Sumber: mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: