30 June 2019
LEPAS IBU - ANAK SAUDARA MAWI (3 BULAN) PULA DIJEMPUT ILAHI
"Anak saudara saya umur baru 3 bulan malam tadi tidur depan saya sambil2 kami berborak adik beradik selepas majlis tahlil untuk arwah mak kami. Pagi tadi tengok2 dia dah tak sedar... Allah... Kau lebih tahu. Kami takde daya ya Allah..kau saja yg berhak ke atas kami.
"Semoga aman damai AZRA SYAKIRIN BINTI AZRI. AL-FATIHAH !!! P/s Harap kau kuat & tabah Asmidah Ani. Apa pun yang berlaku balik la pada Dia, Insyaallah di situ ada ketenangan," demikian tulis penyanyi dan pelakon Mawi yang memaklumkan anak saudaranya yang berusia tiga bulan itu telah meninggal dunia di kediamannya semalam secara mengejut.
Menurut Mawi atau nama sebenarnya Asmawi Ani, ia berlaku tanpa dijangka kerana bayi itu dilihat sihat tidur dihadapannya pada malam sebelumnya. Mawi yang juga penyampai radio Zayan berkongsi berita sedih itu di akaun Instagram miliknya.
Menerusi entri tersebut Mawi dilihat bersama jemaah lain sedang melakukan solat jenazah. Mawi turut menberi kata-kata semangat buat adiknya, Asmidah Ani yang merupakan ibu kepada bayi tersebut. Rata-rata memberikan ucapan takziah kepada Mawi sekeluarga di atas kehilangan salah seorang saudara mereka.
Klik untuk gambar besar
www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak, Instagram Mawi & Ekin
________________________
Labels:
Berita sana sini,
Gambar sana sini
No comments:
Post a Comment