31 August 2019

12 FOTO - ADRIANA ADNAN SELAMAT AKHIRI ZAMAN SOLO


Tahniah kami ucapkan kepada pengacara dan pelakon Adriana Adnan, 24, yang telah sah bergelar isteri kepada pilihan hatinya, Harez Hazim Hazrin, kira-kira jam 9.45 malam semalam dalam satu majlis akad nikah yang diadakan di Masjid Al-Ubudiah, Segambut.





Pada majlis berkenaan, pasangan terbabit dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan, Dr Adnan Derahman. Bintang drama 'Suri Hati Mr Pilot' itu menerima mas kahwin RM300, wang hantaran RM10,000 dan lima dulang hantaran berbalas tujuh.

"Alhamdulillah, fasa dan tanggungjawab baharu ini akan kami tempuhi sebaik mungkin. Selesai acara sebelah keluarga saya, dua lagi majlis di pihak suami akan menyusul, masing-masing pada 7 dan 14 September ini," katanya yang diraikan dalam majlis resepsi, hari ini, di Bandar Mahkota Cheras, sempena cuti Hari Kebangsaan.

Klik untuk gambar besar


Sebuah lagi majlis akan diadakan esok, di Puncak Alam, Selangor. Mengenai perancangan bulan madu, Adriana berkata, mereka belum memikirkan mengenai perkara itu: "Kami belum membuat perancangan mengenai percutian bulan madu. Rasanya, eloklah kami menikmati dan membiasakan diri terlebih dahulu dengan fasa baharu ini.

"Begitu juga dalam soal cahaya. Kami tidak memikirkan soal berkenaan, buat waktu ini. Jika ada rezeki untuk menimang anak lebih awal, kami menerimanya dengan penuh kesyukuran," katanya yang terlebih dahulu mengikat tali pertunangan dengan pasangannya itu pada 15 Disember tahun lalu, selepas lebih dua tahun berkenalan.






















www.myartis.com / Sumber & foto: Berita Harian & Instagram Syafawati Khairunnisa, Yaya Zahir & Mya Zulkifli


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: