31 August 2019

KHIR RAHMAN: "J-BORN TAK BOLEH MATI... PERLU TERUS DIHIDUPKAN"


"Alhamdulillah, kami sudah seperti sahabat dan seperti ada pegangan yang sama. Ketika dalam pertandingan, saya cakap pada Joey, J-Born tak boleh mati macam ini saja. Walaupun kami tak tahu sama ada kami akan menang atau tak, kami fikir J-Born perlu terus dihidupkan.





"Kami merancang untuk adakan lagu, filem dan siri J-Born. Ini baru bayangan sebab tak nak J-Born sampai di sini saja," demikian jelas anggota kumpulan J-Born, Khir Rahman yang juga pelakon dan pengarah yang memberitahu semasa dalam pertandingan lagi dia sudah memikirkan hala tuju kumpulan itu yang turut dianggotai Joey dan Vicha.

Kumpulan J-Born akan terus dihidupkan menerusi beberapa perancangan yang sudah difikirkan. Malam semalam, J-Born muncul juara program Muzikal Lawak Superstar (MLS) akhir sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai RM150,000 berserta trofi. Mereka menewaskan tiga finalis lain iaitu kumpulan UNI, Newboh dan Botak.

Klik untuk gambar besar


Menurut Khir, MLS satu lagi platform terbaik untuk semua artis termasuk penyanyi, pelakon, pendakwah dan sesiapa saja untuk menunjukkan bakat dalam bidang komedi: "Kami sangat menghargai MLS sebab ia menggabungkan kami. Saya anggap pembabitan dalam kumpulan dan program ini satu rahmat.

"Bagi saya, MLS ruang yang baik buat semua pelakon, penyanyi, ustaz dan siapa saja boleh masuk program ini. Ustaz Fakhrul daripada kumpulan UNI sudah membuktikan dia boleh. Jadi, saya nak ajak kawan-kawan lain yang bukan pelawak masuk MLS jika ada musim depan. Kalau saya boleh, takkan orang lain tak boleh?" ujarnya.


www.myartis.com / Sumber: Harian Metro


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: