31 August 2019

ISU DENGAN ALIFF SYUKRI - BABY SHIMA NAFI IA GIMIK


"Kalau benarlah ia gimik yang dirancang, kenapa dia tidak melakukannya dengan artis yang lebih popular daripada saya. Saya bukan sesiapa dan tidak ada apa-apa untuk membantu menaikkan populariti lagu barunya itu," kata penyanyi Baby Shima yang menafikan membuat gimik untuk mempromosikan lagu baru usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri.





Jelas Shima, tindakannya memuatnaik video membalas kenyataan Aliff Syukri itu kerana kecewa dengan tindakan penyanyi lagu 'Cowok Baru' itu menghinanya selepas dia mengkritik lagu terbarunya. Shima ketika dihubungi berkata, sekiranya itu adalah gimik dan strategi pemasaran, ia tidak akan berhasil kerana dia bukanlah artis popular.

Menurut Shima, isu itu timbul apabila dia menulis komen dan memberi pendapat mengenai lagu baru usahawan itu. Dalam komennya itu, Shima memberi pendapat lagu itu menarik tetapi seperti tidak kena dengan vokalnya.

Klik untuk gambar besar


"Dia meminta pendapat orang ramai mengenai lagu barunya di Instagram. Saya cuma berikan pendapat saya secara peribadi, tapi dia pula melenting tak tak tentu pasal. Dia sindir saya di Instagram Story dan keluarkan kenyataan seperti ingin menyaman saya. Saya tak takut sebab saya tahu, saya tak salah," ujarnya.

Ditanya sama ada usahawan kosmetik itu sudah membuat permohonan maaf, Shima memaklumkan ada: "Dia ada membuat permohonan maaf tapi bukan secara peribadi dan hanya kongsikan di Instagram. Saya tak tahu sama ada itu ikhlas atau terpaksa".

Ditanya sama ada dia akan terima sekiranya usahawan itu ingin bekerjasama dengannya, Shima berkata, dia tidak terfikir mengenainya. Dalam pada itu, Shima kini sedang membuat persiapan untuk pelancaran single terbarunya, 'Pura-Pura Bujang' yang akan dilancarkan, Selasa ini.




www.myartis.com / Sumber & foto: Harian Metro & Instagram Baby Shima


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: