21 August 2019

20 FOTO - 21 OGOS, GENAP 13 TAHUN PERKAHWINAN SITI NURHALIZA


Tarikh hari ini iaitu 21 Ogos genap 13 tahun usia perkahwinan penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza bersama Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa atau Datuk K. Dalam beberapa entri di laman Instagram Siti, beliau menzahirkan rasa terima kasih kepada semua yang tidak jemu mendoakan mereka berdua.





"Sambutan sederhana ulangtahun perkahwinan ke-13 saya dan suami, Alhamdulillah. Terima kasih kepada semua yang mendoakan kami selama ini. Alhamdullillah 13 tahun melayari alam perkahwinan.. Semoga Allah SWT terus memberkati kita sekeluarga dengan keimanan, kesabaran, kebahagiaan & kejayaan... Saling menghormati & menerima pasangan seadanya... Selamat Ulangtahun perkahwinan buat suamiku sayang.. Sayang sampai Jannah.. aaminn," tulis Siti pada beberapa entri di Instagram miliknya.

Selain daripada keluarga terdekat, beberapa teman artis turut hadir di majlis sambutan ulang tahun perkahwinan tersebut. Antara artis-artis yang hadir melalui gambar yang dimuat naik Siti ke Instagramnya adalah Mark Adam dan isteri, Syamel serta Ernie Zakri. Mereka kelihatan turut menyampaikan lagu secara duet bersama dengan Siti.

Rata-rata peminat meninggalkan ucapan selamat ulang tahun perkahwinan di ruangan komen serta mendoakan kebahagiaan mereka sekeluarga. Pasangan ini bernikah pada 21 Ogos 2006 di Majlis Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan dikurniakan seorang cahaya mata, Siti Aafiyah Khalid yang dilahirkan pada 19 Mac 2018.

Klik untuk gambar besar







































www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Siti Nurhaliza


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: