21 August 2019

"BIARLAH, HAK MASING-MASING" - AZAH AZIZ DIKECAM SOKONG KEMPEN LGBT


Pelakon Azah Aziz yang terkenal di era 90-an yang hampir dua dekad menetap di Montreal, Kanada, itu sudah lama rasanya kita tak dengar cerita mengenainya dan pasti ramai yang rindukan lakonan pelakon berbakat ini.





Namun, baru-baru ini pelakon itu mencetuskan kontroversi apabila memuatnaik fotonya mengikuti perarakan komuniti lesbian, gay, biseksual dan transeksual (LGBT) di laman Instagram miliknya. Seperti sudah dijangka, pelakon itu dikecam teruk oleh netizen.

Malah, netizen turut kecewa dengan tindakannya kerana sebagai seorang Muslim tidak sepatutnya menyokong perkara yang bertentangan dengan Islam. Muatnaik itu turut menerima sokongan beberapa individu yang menganggap acara berkenaan sekadar perhimpunan komuniti.

Klik untuk gambar besar


Tidak hanya berdiam diri, Azah membalas komen netizen menegaskan setiap orang mempunyai hak mereka masing-masing dan dia berhak sepenuhnya ke atas akaun Instagramnya itu: "Biarlah, hak masing-masing. Esok hari baru, semua orang akan teruskan kehidupan," tulisnya membalas komen netizen.

Kata netizen lagi, mereka hanya menasihatinya kerana menjadi tanggungjawab mereka untuk saling mengingatkan sesama Islam. Bagaimanapun, ada yang mempertahankan tindakan Azah itu. Azah atau nama sebenarnya Norazah Aziz, 46, sudah 18 tahun menetap di negara itu selepas mendirikan rumah tangga dengan Daud Leroy serta tiga anak lelaki iaitu Aaron, Ryan dan Justin.

Tidak hanya itu, Azah turut meletakkan beberapa tanda pagar di ruangan kapsyen gambar yang dimuatnaik itu: "Kongsikan rasa cinta, bukan membenci. #montrealpride #rbc #prideparade #peacenothate #jangankecam #weallhumans #farfarawaydontcare #igsayasayapunyasuka #taksukasilaunfollow #okbye," tulisnya yang sebelum ini pernah menetap di Perancis dan London bersama keluarganya.






www.myartis.com / Sumber & foto: Rotikaya, Harian Metro & Instagram Azah Aziz


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: