21 August 2019
"HAMIK KO... HADIAH BDAY TAHUN NIE" - JARI RETAK, TANGAN DIDIE ALIAS DISIMEN
Menerusi laman Instagram, pelakon dan pengacara Didie Alias memuatnaik foto keadaan tangan kanannya yang berbalut dan disimen selepas dipercayai salah satu jarinya retak. Didie menganggap apa yang berlaku itu sebagai hadiah hari ulang tahun kelahirannya yang disambut beberapa hari lalu.
"Yesssss hamik ko hahaha, hadiah bday tahun nie," kata Didie atau nama sebenarnya Fadzilah Mohd Ali, 47, yang turut memuatnaik foto imbasan x-ray yang menunjukkan keadaan jarinya yang retak.
Sementara itu, menerusi akaun Instagram rakan baiknya, Enot turut memuatnaik rakaman ketika Didie menerima rawatan di hospital. Menerusi video tersebut, Didie sedang menahan kesakitan apabila tangannya dirawat: "Kasihan akak kena simen! Hadiah birthday katanya!! Happy teruk hari Ahad hari tu," tulisnya.
Bagaiamapun, sehingga kini masing-masing tidak menjelaskan apakah punca insiden tersebut. Namun, Didie tetap menerima ucapan sejahtera dari rakan-rakan serta peminatnya yang mendoakan agar dia segera sembuh.
Klik untuk gambar besar
www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram, Didie Alias
________________________
Labels:
Berita sana sini,
Gambar sana sini
No comments:
Post a Comment