21 August 2019

20 HARI BERPANTANG - PEMINAT RISAU ISTERI AMMAR ALFIAN MASUK GIM


Menerusi kemaskini terbaharu akaun Instagram, isteri pelakon Ammar Alfian iaitu Nelissa Nezam telah berkongsi foto dirinya berada di gimnasium dan ia meresahkan netizen. Dalam foto terbabit, Nelissa turut menayangkan sebahagian daripada abdomen badannya yang kini sudah langsing biarpun baru 20 hari bersalin: "Kembali seperti asal seperti tidak pernah tinggal," tulisnya bersama tanda pagar #20days dan #postpartum.





Bimbang akan kesihatan dan kesan jangka panjang, ramai yang mula menasihati Nelissa untuk berpantang terlebih dahulu dengan cara yang sewajarnya: "Aw! Ngilunya, jaga-jaga mummy," tulis seorang pengikutnya. - "Kalau mak-mak kita mesti sudah kena bebel," tambah pengguna @asnifazlina.

Namun, perkongsian Nelissa itu turut menyuntik semangat dan inspirasi golongan wanita yang baru lepas bersalin untuk mendapatkan semula bentuk badan ideal: "20 hari berpantang dan anda kelihatan sangat menawan berbanding kami yang masih belum bersalin. Sangat berinspirasi," tulis salah seorang pengguna. - "Aku tak beranak pun tak dapat buat perut. Masya-Allah," tambah pengguna lain pula.

Untuk makluman, Nelissa telah selamat bersalin bayi sulungnya yang diberi nama Kyro Shakur pada 31 Julai lalu. Pasangan Ammar dan Nelissa telah mendirikan rumah tangga pada 6 Mac 2016. Bagaimanapun, kisah kontroversi rumah tangga pasangan itu mencuri tumpuan apabila Nelissa mendedahkan pernah dicurangi Ammar ketika dia sedang hamil enam bulan.

Klik untuk gambar besar









www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Nelissa Nezam


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: