15 August 2019

"ACAH-ACAH MAIN MOTO TAPI HAMPEH" - SHUIB MAHU BERSEMUKA


Pelawak Shuib Sepahtu, 34, telah memuatnaik sebuah entri dimana dirinya menerima komen negatif dari seorang netizen yang menggunakan bahasa kasar di salah satu video di Youtube miliknya. Bapa kepada tiga cahaya mata itu turut meminta individu itu menghubunginya jika benar-benar berani untuk berkata sedemikian.





"Komen di You Tube channel video terbaru... Wow lain mcm eh bahasa, Kalau follow IG aku, tolong DM boleh? Boleh kenal lebih rapat... Apa barang komen-komen lari. Budi Bahasa Budaya Kita," tulis suami kepada penyanyi Siti Sarah Raisuddin itu di laman Instagramnya.

Shuib berkongsi paparan skrin mendedahkan komen yang ditulis seorang penonton di Youtube miliknya. Individu tersebut mempertikaikan penyertaan Shuib dan rakan artis lain yang mula berminat dengan dunia permotoran sejak kebelakangan ini. Shuib merupakan antara selebriti yang aktif dengan hobi permotoran dan mengubahsuai motosikal. Antara rakan artis yang memiliki koleksi motosikal Y15 (ysuku) ialah Zizan Razak, Datuk Seri Aliff Syukri, Ajak, Abam dan Achey.

Klik untuk gambar besar


"Burit kau la ib. Kau dengan geng-geng kau semua 1 lancau tak boleh pakai. Acah-acah main moto tapi hampeh. Main moto takat dengan modal pengalaman hampeh. Mat moto bermula dari retro hingga kini. Bukan macam lu dengan budak-budak lu sampah. Kepada buto," demikian komen netizen.

Perkongsian Shuib itu turut menarik perhatian beberapa orang rakan selebriti terutamanya yang terlibat dengan hobi tersebut: "Dia tak kenal Shuib siapa, semua orang tahu dia pelawak cuba lah sekali lagi pergi minum teh dia wahai adik yang berani, alah jangan risau nanti Shuib bayar," kata pelakon Hairul Azreen.

"Kalau betul budak motor mesti orang respect tapi kalau bahasa begitu maknanya bukan mat motor lah tu. Jangan bahasa brother, bahasa menunjukkan bangsa," tulis pelakon Zul Huzaimy pula. - "Cium dahi dia bang, tak luak nak usik, itu pun dah memadai... Hahaha," komen penyanyi Tajul pula.










www.myartis.com / Sumber & foto: mStar & Instagram Shuib Sepahtu


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: