15 August 2019

"TAK MASOK DUA BULAN LAGI... HAMPIR 5KG" - IZREEN


Pelakon Izreen Azminda telah berkongsi perkembangan terkini anak keduanya, Aaron Ibrahim menerusi laman Instagram miliknya. Izreen atau nama penuhnya Izreen Azminda Aznam, memaklumkan bahawa berat badan Aaron kini sudah hampir mencecah 5 kilogram meskipun belum berusia 2 bulan.





"Cikcikeboom kena injection hari ini. Tak masok dua bulan lagi awak dah hampir 5kg adik. Patut mama kurus dekat tangan jer," demikian tulis isteri kepada pemuzik bebas, Ude Wahid itu yang mendedahkan wajah penuh anak lelakinya ini bersama peminat.

Untuk makluman, Izreen sebelum ini pernah berkahwin dengan seorang jurugambar, Muhammad Riza pada 2012 namun berpisah pada 2014 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Muhammad Adrian Umar. Manakala suaminya terkini, Ude juga pernah mendirikan rumah tangga bersama Intan Liana Saleh pada Mac 2013 sebelum bercerai pada Mac 2018. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan dua cahaya mata lelaki.

Kemudian, pelakon 'Ahli Mesyaurat Tingkap' itu dan Ude atau nama sebenarnya Muhammad Radzi Abdul Wahid bernikah pada 8 Ogos 2017 di Damansara, Petaling Jaya. Izreen selamat melahirkan anak keduanya bernama Aaron Ibrahim pada 29 Jun yang lalu.

Klik untuk gambar besar



www.myartis.com / Sumber: Medai Hiburan


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: