15 August 2019

BIDANG SENI - AFDLIN SHAUKI TAK GALAKKAN ANAK CEBURI


"Saya tahu susah senang bergelar seorang artis. Kejap di atas, kejap di bawah. Lagi-lagi bila dah berkeluarga, tekanannya agak kuat. Mereka tidak tahu apa yang saya sudah lalui, bagi mereka industri seni ini menyeronokkan. Saya sudah beritahu hal sebenar tetapi anak-anak tetap ingin mengikut jejak ayah dan ibunya.





"Jadi, ini adalah masanya untuk saya perbaiki industri supaya apabila anak-anak jejak kaki, mereka akan berasa selesa. Saya berasa lega apabila dengar Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) akan melakukan caruman Kumpulan Simpanan Wang Pekerja (EPF) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (SOCSO) untuk para pelakon.

"Benda-benda macam ini bagus untuk anak-anak kerana kebajikan mereka terjaga. Saya ingat kata arwah ibu saya, jika ingin berada dalam bidang seni, mesti jadi yang terbaik. Itu juga yang saya pesan kepada anak-anak saya," kata pelakon dan penerbit, Datuk Afdlin Shauki yang mengakui tidak menggalakkan anak-anaknya terlibat dalam industri seni kerana dia tahu susah senang sepanjang bergelar seorang artis dan ia tidak mudah seperti yang dilihat.

Klik untuk gambar besar


Tambah pengarah filem 'Buli' ini, dia menginginkan anak-anaknya mempunyai satu kerjaya yang tetap: "Saya suruh anak-anak saya untuk menjadi seorang doktor, jurutera, ahli perniagaan ataupun apa-apa kerjaya yang stabil. Namun, apa yang boleh dilihat sekarang, seorang anak minat muzik, seorang dah mula berlakon dan anak yang paling bongsu mula meminati muzik K-pop.

"Saya nampak anak-anak saya ke arah tersebut, darah seni mengalir dalam tubuh badan mereka," katanya lagi yang buat pertama kalinya dia dan anak perempuannya, Mia Sara Shauki bergandingan bersama dalam 'Disney Wizards Of Warna Walk'.

Selain Afdlin dan Mya, sitkom fantasi ini turut dibintangi oleh Emma Sofea, Idan Aeden, Carmen Soo, Zalif Sidek, Zain Hamid dan ramai lagi. 'Disney Wizards Of Warna Walk' akan mula ditayang pada hari Jumaat, 30 Ogos 2019 jam 1 petang menerusi saluran Disney Channel (Astro CH 615).






www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak & Instagram Afdlin Shauki


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: