15 August 2019

PEMINAT KECEWA FIKRY IBARHIM MUNGKIR JANJI SENTUH?


Umum mengetahui mengenai pelakon, Fikry Ibrahim yang sebelum ini tegas dengan prinsip untuk tidak bersentuhan dengan mana-mana pelakon wanita dalam setiap drama. Ramai yang respek, kagum serta memuji dengan Fikry yang sangat menghormati pelakon-pelakon wanita lain dan tidak pernah memuatnaik gambar wanita tidak bertudung di laman sosial.





Fikry yang kini teraju utama dalam drama terbarunya, 'Kau Yang Pertama' dan rata-rata peminat memang gembira melihat gabungannya dengan Farah Nabilah yang pernah bergandingan sebelum ini dalam drama 'Cik Reen & Mr Ngok Ngek'.

Bagaimanapun, baru sahaja ditayangkan, ada beberapa peminat yang telah melahirkan rasa tidak senang dan kecewa dengan tindakan Fikry dalam drama itu apabila ada beberapa babak dirinya bersentuhan dengan pelakon Tasha Shilla yang membawa watak sebagai tunangnya di dalam drama tesebut.

Klik untuk gambar besar


Netizen merasa kurang senang dengan tindakan Fikry dan mempersoalkan prinsipnya yang sebelum ini berjanji tidak akan bersentuhan dengan mana-mana pelakon wanita. Ada yang berpendapat mungkin Fikry terpaksa melakonkan babak tersebut demi memenuhi permintaan pengarah.

Namun, ada yang berkata, apabila menceburi bidang hiburan, pastinya akan ada banyak godaan yang mampu menggugat hati dan iman seseorang. Tak apa lah, kita fikir positif, biasalah kalau babak intim dan bersentuhan mungkin sekadar 'camera trick'. Apa-apa pun, kita nantikan penjelasan daripada Fikry.




www.myartis.com / Sumber & foto: Beautifulnara, Forum CARI & Instagram Fikry Ibrahim


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: