19 August 2019

AL-FATIHAH - ABANG AZNIL HJ NAWAWI DIJEMPUT ILAHI


Takziah kami ucapkan kepada pengacara popular Datuk Aznil Nawawi atas pemergian abangnya, Azmir Nawawi yang meninggal dunia pagi tadi. Menurut Aznil atau lebih mesra disapa Paknil ini, dia mengetahui berita pemergian arwah abangnya sewaktu berada di Terengganu dan kini dalam perjalanan pulang untuk memberi penghormatan yang terakhir.





Berita sedih itu dikongsi sendiri olehnya menerusi akaun Instagram (IG) miliknya: "Al-Fatihah. Abang Paknil, Azmir Nawawi telah dijemput Illahi pada 10:30 pagi tadi dan akan dikebumikan selepas solat Asar. Paknil dapat berita pemergian beliau ketika Paknil di Jelajah PAK21 di Terengganu.

"Paknil dalam perjalanan ke airport Kuala Terengganu sekarang dan akan terus ke tanah perkuburan sebaik tiba. Doakan agar roh abg Paknil dicucuri rahmat dan dihadiahkan dengan bacaan ayat suci Al-Fatihah," tulisnya yang menerima ucapan takziah rakan artis dan peminat.

Klik untuk gambar besar



www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Aznil Hj Nawawi


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: