Menerusi muatnaik terbaru di akaun Instagram, penyanyi rap, Caprice tampil memohon maaf kepada Kumpulan Anak Muda Kelantan dan rakyat Kelantan terhadap kenyataannya sebelum ini. Caprice berkata dia bersedia bekerjasama dengan NGO Anak Muda Kelantan untuk membantu ummah.

Semua mengetahui Caprice dikenali sebagai seorang yang lantang memberikan komen dan pandangannya berkaitan isu semasa yang hangat diperkatakan. Baru-baru ini, dia ada memberikan pendapat mengenai kehadiran penceramah, Dr Zakir Naik di Kelantan minggu lalu. Caprice menerusi sebuah video mempersoalkan kehadiran begitu ramai rakyat Kelantan pada majlis cerah tersebut.
Kritikan Caprice didakwa menghina rakyat Kelantan apabila mengatakan masyarakat di negeri itu sering terpalit dengan perkara negatif. Kesal dengan kenyataan Caprice yang disifatkan terlalu ego dan penuh penghinaan, sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Kumpulan Anak Kelantan Prihatin (KUKP), telah membuat laporan polis terhadapnya.
Klik untuk gambar besar




www.myartis.com / Sumber & foto: Beautifulnara & Instagram Caprice
________________________

No comments:
Post a Comment