21 August 2019

ALIF SATAR: "TAHUN 2019, RASANYA BOLEH HENTI GURAU 'BODY SHAMING' INI"


"Sebenarnya saya segan apabila menerima pujian disebabkan perkara itu tidak ada kena mengena dengan saya. Mana tahu selepas ini saya ada melakukan kesalahan, orang mengatakan saya pula dan berasa macam saya ini sempurna sangat. Saya tak rasa terbeban dengan perkara ini, cuma segan bila orang cakap macam tu.





"Kita pun tak hidup atas pujian orang lain dan lagipun kita manusia biasa yang tidak lari daripada melakukan kesalahan," demikian kata penyanyi, pelakon dan pengacara Alif Satar yang dianggap sebagai hero kerana tindakannya yang berjaya menyelamatkan keadaan dengan pantas ketika isu komen 'body shaming' antara penyanyi Mark Adam dan pengacara Sherry Al-Hadad.

Alif berkata dia agak segan dan belum sempurna untuk menerima begitu banyak pujian. Dalam pada itu, Alif meminta semua pihak tidak lagi menggunakan lawak berkaitan 'body shaming'. Zaman sudah maju, mengapa harus kita mempermainkan saiz badan seseorang untuk dijadikan bahan lawak.

Klik untuk gambar besar


"Kalau dahulu kita bergurau tentang bentuk badan atau fizikal seseorang itu rasanya tidak ada masalah. Tapi sekarang dah tahun 2019, rasanya dah boleh berhenti bergurau melibatkan 'body shaming' ini. Tidak baik berkata mengenai fizikal seseorang itu sebab kita sendiri tak tahu bagaimanapun mereka ini struggle untuk menjadi lebih baik," ujarnya.

Budaya 'body shaming' ini sepatutnya tidak wujud. Orang yang dipersendakan itu boleh menghadapi kemurungan yang melampau. Umum mengetahui betapa seriusnya kondisi tersebut. Jadi, fikirlah terlebih dahulu sebelum berkat-kata, janganlah sehingga mengguris hati seseorang.




www.myartis.com / Sumber & foto: mStar & Instagram Alif Satar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: