21 August 2019

AKAUN INSTAGRAM - JULIANA EVANS TAK AKAN BUKA UNTUK ANAK


Tidak seperti kebanyakkan selebriti lain yang kebiasaannya akan membuka akaun Instagram untuk anak mereka, pelakon dan pengacara Che Puan Juliana Evans mengambil pendekatan untuk tidak membuka akaun Instagram (IG) untuk cahaya mata sulungnya. Menurut Juliana, dia kini mempunyai tiga akaun yang perlu dijaga dan setakat ini tiada keperluan untuk membukan akaun IG anaknya, Tengku Kamiliah Zanariah Josephine Ehsan Shah.





"Saya ada dua akaun bisnes dan satu peribadi. Bagi saya cukuplah, nak jaga pun saya memerlukan banyak masa dan usaha," tutur Juliana yang mendirikan rumah tangga bersama Tengku Shariffuddin Shah Tengku Sulaiman Shah Al-Hajj pada April 2017 dan dikurniakan cahaya mata perempuan pada 13 Julai 2019.

Menurutnya, dia juga faham IG anak ini seakan menjadi trend bagi selebriti, namun dia berharap orang ramai menghormati pendiriannya: "Saya faham kalau selebitri lain nak buat macam tu, mungkin untuk karier anak mereka. Namun saya ada pandangan yang berbeza untuk isu ini," katanya.

Klik untuk gambar besar



www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Juliana Evans


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: