20 August 2019

"DUIT?... CINTA SEJATI BUKAN BERDASARKAN ITU" - INTAN NAJUWA


Umum sedia maklum mengenai pertunangan pelakon Intan Najuwa, 22, dengan seorang ahli perniagaan berasal dari Kedah, Razrul Anwar Rusli, 38, yang berlangsung pada Ahad lalu. Bagaimanapun, ia telah menerima pelbagai reaksi dalam kalangan netizen di laman sosial.





Rata-rata netizen mengucapkan tahaniah diatas pertunangan pasangan itu yang diadakan di Hotel Thistle, Johor Bahru namun ada juga segelintir mereka yang beranggapan Intan memilih usahawan itu disebabkan harta dek kerana umur mereka jarak 16 tahun.

Namun begitu, Intan atau nama sebenarnya Intan Najuwa Abdul Wahid menegaskan cinta mereka bukan berdasarkan duit tetapi kehadiran itu memberikan inspirasi untuk dirinya menjadi lebih baik: "Lelaki di sebelah saya, menjadikan diri saya hari ini. Kehadiran dia dalam hidup saya memberikan inspirasi untuk saya menjadi lebih baik setiap hari.

"Dia seorang yang sangat penyayang, memahami dan sentiasa menyokong. Jadi, saya ada terima banyak komen hari ini. Duit? Biar saya beritahu anda, cinta sejati bukan berdasarkan perkara itu. Ia berdasarkan hormat, kompromi, penjagaan dan kepercayaan. Jangan pernah menghukum seseorang.

Klik untuk gambar besar


"Hanya awak @ezurazz, keluarga dan rakan sahaja mengenali saya," kata pelakon yang mula dikenali menerusi drama 'Kekasih Paksa Rela' ini yang turut memberitahu mereka belum menetapkan sebarang tarikh untuk melangsungkan majlis pernikahan disebabkan jadual kerja yang sangat padat.

Intan mendedahkan perkara itu selepas menerima komen negatif menerusi laman Instagramnya pada Isnin. Intan dan pasanganya mengadakan majlis pertunangan tersebut pada 18 Ogos lalu bersempena tarikh ulang tahun kelahirannya yang ke-22 dan dihadiri keluarga dan rakan terdekat kedua-dua belah pihak.

Intan sebelum ini memberitahu jarak perbezaan usia 16 tahun tidak menjadi halangan kepadanya untuk memilih pemuda itu sebagai pasangan hidupnya. Malah menurut pelakon drama 'Tuan Danial' ini, dia menerima lamaran kekasihnya disebabkan sikap matang dan memahami pemuda itu.




www.myartis.com / Sumber & foto: mStar & Instagram Intan Najuwa


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: