22 August 2019

ALIFF SYUKRI BANTU GADIS HAMPIR 300KG - SYANIE SOKONG PENUH


Usaha usahawan kosmetik popular, Datuk Aliff Syukri membantu menyelesaikan masalah obesiti seorang gadis dikenali sebagai Wanie itu disokong penuh pelakon Syanie Hisham. Wanie berusia 22 tahun, menghadapi masalah ketagihan makan yang agak tinggi dan itu menyebabkan berat badannya hampir mencecah 300kg.





Aliff pada petang Rabu telah memuatnaik video dia ke negeri Pahang mengambil Wanie untuk dibawa bertemu pakar terlebih dahulu. Menerusi ruangan kapsyen, Aliff memberitahu, keadaan Wanie agak serius kerana tidak mampu berjalan.

Sementara itu, di ruangan komen, Syanie meninggalkan komen positif kepada Wanie dan yakin gadis tersebut mampu menjalani kehidupan lebih sihat selepas ini. Syanie turut menjawab komen netizen yang mempersoalkan rawatan bakal dilakukan kepada Wanie termasuk mempertikaikan bantuan dihulur Aliff.

Klik untuk gambar besar


Kata Syanie kepada seorang warganet, dia sebelum ini pernah mengalami masalah berat badan berlebihan dan telah menjalani rawatan pintasan usus: "Saya buat pembedahan pintasan usus, lain daripada sedut lemak. Sebaiknya biarlah dia (Wanie) dirujuk kepada doktor terlebih dahulu.

"Apa yang terbaik untuk dia... Kalau tak ada sakit apa-apa, pembedahan pintasan usus mungkin boleh membantu dia, Insya-Allah. Semoga Allah permudahkan urusan adik Wanie dan murahkan lagi rezeki Datuk Aliff Syukri atas segala yang telah dan hendak dilakukan," tulisnya.

Sebelum ini warganet melemparkan kecaman terhadap Aliff kerana menggunakan perkataan 'budak gemuk' untuk merujuk kepada Wanie. Bagaimanapun jutawan sensasi itu tidak mengendahkan kata-kata negatif mereka, malah semakin bersemangat untuk membantu Wanie menjalani hidup normal dan lebih sihat.




www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Aliff Syukri


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: