22 August 2019

"KAWAN SAJA... TAK HIDUP SEKALI, TAK KENALI LEBIH DALAM" - AISHAH AZMAN


"Saya tak mahu keluarga saya dibabitkan dengan perkara ini. Semua yang terjadi antara saya dengan dia sahaja, tak ada kena mengena dengan keluarga saya. Orang luar boleh berkata apa yang mereka mahu katakan, tetapi mereka tidak mengetahui apa sebenarnya yang terjadi," tutur pelakon Aishah Azman yang enggan keluarganya dikaitkan dengan permasalahan yang terjadi antara dirinya dan bekas tunang, pelakon Syafie Naswip.





Menepis persepsi segelintir pihak konon keluarganya bermasalah selepas kisah putus tunang menjadi perbualan hangat, Aishah menjelaskan, masyarakat tidak tahu situasi sebenar dan tidak patut mengaitkan keluarganya di sebalik kontroversi yang timbul.

Tegas Aishah, hubungan mereka tidak membabitkan ahli keluarga kerana masalah yang terjadi hanya berlaku antara mereka berdua: "Apa yang berlaku tiada kena mengena dengan keluarga saya atau ada sangkut paut dengan kontroversi yang melanda abang saya sebelum ini.

Dia (Syafie) 'angkat tangan' kepada saya pun bukanlah berpunca daripada keluarga, sebaliknya isu antara kami. Saya sedang menunggu laporan lanjut daripada pihak polis. Jadi kita tunggu hasil siasatan. Sehubungan itu, saya memilih untuk tidak mengulas lebih lanjut mengenai kontroversi itu.

Klik untuk gambar besar


Menepis dakwaan segelintir pihak mengatakan dia membuat provokasi terhadap bekas tunangnya yang juga pelakon Syafie Naswip hingga tercetus perbalahan antara mereka pada Jun lalu, pelakon Aishah Azman berkata, pihak luar atau kawan yang mengenali Syafie tidak berkawan dengannya secara lebih mendalam.

"Mereka hanya berkawan saja. Mereka tidak hidup sekali dengan dia dan tidak mengenalinya dengan lebih mendalam. Jadi, mereka tidak layak untuk menghakimi atas dasar berkawan dengan dia saja, sebaliknya kena kenal betul-betul. Baru tahu macam mana perangainya," katanya.

Menurut Aishah, dia juga enggan keluarganya dikaitkan dengan permasalahan yang berlaku kerana ia antara mereka berdua saja: "Orang luar boleh bercakap apa saja yang mereka mahu katakan, tetapi mereka tidak mengetahui apa sebenarnya yang terjadi," ujarnya yang ditemui pada tayangan perdana filem 'Sangkar' sebelum sesi temu bual terhenti apabila tangan pelakon drama Namaku Bedah itu direntap abangnya, pelakon Afiq Muiz.



Dalam pada itu, Aishah hanya mahu fokus kepada kerjayanya selepas menjalani episod kontroversi yang heboh diperkatakan beberapa bulan lalu: "Selepas berdepan dengan segala perkara ini, saya selesa untuk menjalani kehidupan seperti biasa. Saya hanya mahu fokus kepada bidang hiburan. Saya ingin memberikan tumpuan terhadap lakonan dan sibuk seperti sediakala," katanya lagi.

Sebelum ini, dunia hiburan dihebohkan dengan berita mengenai seorang pelakon lelaki yang ditahan polis selepas membelasah bekas tunangnya kerana berang apabila wanita itu memintanya memutuskan hubungan songsang dengan kenalannya, 26 Jun lalu.

Netizen mula berspekulasi dan mendakwa Syafie merupakan individu yang dimaksudkan kerana dia baru saja putus tunang dengan Aishah. Pelakon filem 'Mukhsin' itu menerima serangan komen 'tentera bawang' di laman Instagram miliknya gara-gara didakwa membelasah bekas tunangnya. Terdahulu, Syafie dan Aishah bertunang pada satu majlis yang diadakan pada 7 April 2019 bertempat di Forest Valley Hall, Cheras.


www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak, Berita Harian, Harian Metro, Instagram Aishah Azman & Syafie Naswip


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: