22 August 2019

MOHON MAAF BATAL TEMUJANJI - NEELOFA DIJANGKITI INFLUENZA A


Menerusi sebuah kenyataan pada malam Rabu di laman Twitter serta Facebook rasmi Noor Neelofa, pelakon dan pengacara itu memohon maaf kepada semua kerana terpaksa membatalkan semua temujanjinya kerana terkena jangkitan Influenza A.





Difahamkan, usahawan berjaya itu turut memberitahu dia kini dikuarantin selama seminggu di sebuah hospital di ibu kota. Tambah Neelofa lagi, dia mula menyedari dirinya kurang sihat sebaik sahaja pulang dari mengerjakan ibadah haji baru-baru ini. Setibanya di Kuala Lumpur, Neelofa bergegas ke hospital untuk menjalani pemeriksaan dan mendapati dirinya sudah dijangkiti.

Dalam pada itu, Neelofa atau nama sebenarnya, Noor Neelofa Mohd. Noor, 30, turut memohon agar orang ramai mendoakan kesihatannya: "Dengan rendah hati saya ingin memohon maaf kepada semua pelanggan, rakan kongsi dan mereka yang sudah membuat temujanji dengan saya sepanjang minggu ini.

"Saya terpaksa menolak semua jemputan majlis dan kunjungan pelawat ke hospital kerana khuatir jangkitan berlaku. Semoga saya kembali sihat dan boleh kembali bekerja seperti biasa," ujar pengacara program 'MeleTOP' itu yang sebelum ini mengerjakan haji buat kali kedua bersama dua orang adik lelaki dan ibunya awal Ogos lalu.

Klik untuk gambar besar



www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak & Kosmo


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: