06 August 2019

BAKAL TUNAI HAJI - WANY HASRITA AKUI GEMENTAR & TERUJA


"Rasa macam bermimpi pun ada kerana Wany tidak pernah terfikir untuk menunaikan ibadat haji pada tahun ini. Apapun, Wany bersyukur kerana Allah memberikan peluang kepada Wany menjadi tetamu-Nya, walaupun tawaran datang pada saat akhir.





"Pemergian kami berdua adalah atas undangan kerajaan Arab Saudi. Memandangkan Wany akan berangkat esok, segala persiapan perlu dibuat hari ini, antaranya mendapatkan suntikan vaksin dan juga menyediakan pelbagai kelengkapan lain," demikian tutur penyanyi Wany Hasrita yang mengakui perasaannya bercampur baur apabila terpilih untuk menunaikan ibadat haji, tahun ini.

Gementar dan pada masa sama teruja, Wany bakal berangkat ke Tanah Suci Makkah, esok, bersama seorang lagi teman artis, Amira Othman. Wany atau nama Nurshazwany Hasrita Hasbullah berkata, memandangkan tawaran hadir pada saat terakhir, segala persiapan perlu dilakukan dengan kadar segera.

Berikutan ia pengalaman pertamanya menjejakkan kaki ke Tanah Suci, Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang popular BH 31 (ABPBH 31) ini mendapatkan bantuan mereka yang lebih berpengalaman bagi membantunya mempersiapkan diri.

Klik untuk gambar besar


"Wany memang tidak pernah menjejakkan kaki ke sana atau menunaikan umrah, sebelum ini. Justeru, Wany meminta bantuan Heliza Helmi bagi mendapatkan ustaz yang boleh mengendalikan sesi kursus haji secara peribadi. Selain itu, untuk panduan ketika berada di sana pula, Wany banyak merujuk kepada penceramah terkenal yang juga pakar mata, Profesor Dr Muhaya Mohamad," kata penyanyi 'Menahan Rindu' ini.

Ditanya mengenai doa yang ingin dipanjatkan tatkala berada di sana, selain mengharapkan keampunan, artis berusia 26 tahun ini juga memohon supaya diberikan kesejahteraan buat keluarga dan kedua-dua orang tuanya.

"Pertama sekali, Wany nak minta ampun kepada Tuhan atas segala dosa Wany lakukan dan paling utama, Wany nak mendoakan juga kesejahteraan ibu, ayah dan keluarga," ujarnya yang akan kembali ke tanah air pada 16 Ogos ini.


www.myartis.com / Sumber & foto: Berita Harian & Instagram Wany Hasrita


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: