06 August 2019

DIANA DANIELLE: "WALAUPUN TAHU SAYA WUJUD... DIA CUBA LUPAKAN DIA AYAH SAYA"


Baru-baru ini, pelakon Datin Diana Danielle telah memuatnaik beberapa keping gambar suaminya, pelakon dan pengarah Datuk Farid Kamil bersama anak kedua mereka, Nur Aurora dan berkongsi mengenai kisah hidupnya yang dibesarkan tanpa kasih seorang bapa dan ia mengundang simpati netizen.





Dalam entri tersebut, Diana, 28, walaupun hanya sempat menumpang kasih dalam waktu singkat, dia tetap mendoakan yang terbaik untuk bapanya itu: "D (Diana) sekejap sangat rasa kasih sayang seorang ayah, sampai sekarang walaupun dia tahu saya wujud... dia masih cuba untuk lupakan yang dia adalah ayah saya dan darahnya mengalir dalam badan saya.

"Itulah takdir, itulah kehidupan. Walau apa yang berlaku, saya akan sentiasa mendoakan untuk ayah saya kerana dia tetap ayah saya," kata ibu kepada sepasang cahaya mata ini yang menjelaskan status mengenai bapanya di laman Instagram.

Sementara itu, Diana berkata dia tidak mengetahui mengapa bapanya enggan menemuinya: "Dia pernah ada dalam hidup saya, dia pernah menjadi bapa saya namun esoknya dia hilang. Saya terima hakikat itu sekarang... tapi kenapa?

Klik untuk gambar besar


"Tak tahu bagaimana rasa sakit itu kerana anda mengharapkan dia kembali dan bawa semua kesakitan berkenaan. Tapi tak mengapa, Alhamdulillah dengan kehidupan saya sekarang walau tanpa kehadiran dia. Bukan saya yang tak nak jumpa, dia yang tak nak," jawab Diana pada salah satu komen pengikut.

Dalam pada itu, Diana tetap bersyukur dikurniakan seorang ibu, Norsiah Ramli yang bertanggungjawab dan sentiasa berada di sisinya sejak kecil hingga sekarang. Malah, kehadiran Farid sebagai suami kepada dua cahaya mata mereka membuatkan kehidupannya lebih bermakna dan bahagia.

"Saya syukur ibu saya masih hidup, dia yang korbankan segalanya untuk saya. Dialah teman, dialah pembimbing dan saya syukur ada suami yang sayang anak-anaknya seluruh jiwa raganya. Mereka dapat rasa gomolan seorang ayah, teguran dan kasih sayang.

"Masa akan berlalu dengan pantas, semoga hubungan ini akan buat anak-anak kita tak lekang doa di bibir bila kita tak ada nanti," ujar Diana yang bernikah dengan Farid pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad yang kini berusia enam tahun dan Nur Aurora berumur empat tahun.






www.myartis.com / Sumber & foto: mStar, Media Hiburan & Instagram Diana Danielle


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: