06 August 2019

"TIDAK MASUK AKAL" - FAIZAL TAHIR NAFI BERCINTA, ANGGAP SISSY IMANN ANAK


"Saya tak tahu mana datangnya cerita sebegini. Sebenarnya, lawak atau prank? Sejujurnya, saya terkejut dan merasakan perkara ini tidak masuk akal... Tak mungkin. Dia artis di bawah naungan syarikat rakaman saya dan saya menganggap Sissy seperti anak.





"Saya memanggilnya dengan panggilan anakanda dan dia memanggil saya dengan nama bapak," kata penyanyi, komposer dan penerbit terkenal, Faizal Tahir yang menganggap gosip yang mendakwa dirinya bermain cinta dengan penyanyi Sissy Imann sebagai satu perkara yang tidak masuk akal.

Menurut Faizal, hubungan yang terjalin antara dirinya dengan Sissy seperti hubungan bapa dan anak. Penyanyi lagu 'Ragaman' itu juga menepis dakwaan yang mengatakan dia sering menghabiskan masa dengan Sissy di studio rakaman.

Klik untuk gambar besar


"Saya sendiri tak tahu macam mana cerita ini boleh timbul. Mengapa tak ada pula yang kaitkan saya dengan artis-artis di bawah naungan saya yang lain seperti Hanie Soraya, Hannah Delisha atau Elizabeth Tan? Mereka juga meluangkan masa bersama saya di studio rakaman. Sejujurnya, saya lebih selesa dan meluangkan masa di studio dengan artis lelaki seperti Amir Masdi dan Aziz Harun.

"Usia saya pun bakal mencecah 41 tahun... Saya sendiri tak tahu mana datangnya cerita sebegini. Semuanya sudah saya anggap seperti anak sendiri," kata Faizal lagi yang baru sahaja melancarkan album terakhirnya yang berjudul 'Rojak' yang menampilkan sembilan lagu termasuklah 'Ragaman', 'Bisa Aja', 'Ratu', 'Kamu' dan banyak lagi.


www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Sissy Imann


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: