Usahawan kosmetik, Joy Revfa baru-baru ini telah berkongsi foto bersama kekasihnya, pelakon Fahmy Reza dan kegembiraan bersama peminatnya. Disamping itu, bekas isteri kepada penyanyi Hafiz Hamidun ini turut mendoakan agar kekasihnya itu dilindungi Yang Maha Esa.

"My dream is to wake up next to two guys. One will say "Good Morning Syg.." and the other will say "Good Morning Ibu..". Miss you, b Fahmy Reza will ask Allah to see you twice, once here and once in Jannah.. amin," tulis Joy di foto dirinya bersama anak dan kekasih menerusi laman Instagram miliknya.
Lantas, perkongsian Joy telah menjadi perhatian peminat. Malah, peminat turut memuji wajah Joy dengan kekasih yang kelihatan sangat secocok. Dalam pada itu, peminat turut mendoakan agar semua urusan Joy dipermudahkan.
Klik untuk gambar besar



www.myartis.com / Sumber & foto: Media Hiburan, Instagram Joy Revfa & Fahmy Reza
________________________

No comments:
Post a Comment