18 August 2019

KETIKA SENARIO POPULAR - YASSIN KESAL TAK BUAT SIMPANAN & PELABURAN


Mendedahkan tidak pernah membuat simpanan wang sepanjang 20 tahun bersama kumpulan lawak yang pernah popular iaitu Senario, bekas anggota kumpulan tersebut, Yassin Yahya, 41, berkata wang yang diperoleh sepanjang bergelar pelawak itu kebanyakannya dihabiskan buat belanja diri dan keluarga.





"Sejujurnya sepanjang dengan Senario, saya tidak pernah mengumpul duit. saya akui ketika itu saya hampir terlupa dan tak pernah terfikir untuk buat lebih banyak duit sama ada melalui pelaburan atau perniagaan. Saya sedar sudah banyak mensia-siakan masa selama ini. Sekarang adalah masa terbaik untuk saya fokus buat duit," katanya.

Dalam pada itu, Yassin berkata, dia nekad untuk membina kehidupan yang lebih baik dan bangkit dari episod gelap melalui perniagaan yang dijalankannya sejak tiga tahu lalu: "Sekarang ini saya ada melibatkan diri dengan perniagaan iaitu pokok halau nyamuk.

"Kalau ada rezeki saya nak buat kempen dan bekerjasama dengan kerajaan. Saya awalnya tak plan pun nak berniaga tapi apabila fikir balik, ini adalah usaha terbaik saya untuk bangkit semula walaupun masa awal-awal berniaga saya pernah jatuh dan banyak kali ditipu," jelasnya.

Klik untuk gambar besar





www.myartis.com / Sumber: mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: