27 August 2019

"BERLAKON BOLEH... CIUM ISTERI TAK BOLEH LETAK DALAM INSTAGRAM" - AHYA ROSLI


Siapa yang mengikuti Instagram pelakon dan model, Ahya Rosli, pasti mengetahui anak kepada pelakon veteran Normah Damanhuri itu tidak segan silu mempamerkan kemesraannya dengan isteri tercinta, Shahirah Sanusi secara terbuka menerusi laman sosial Instagram.





Namun baru-baru ini, Ahya telah memuatnaik gambarnya bercium dengan isteri, tetapi oleh kerana kritikan netizen, gambar tersebut telah dipadamkan. Ingatkan kontroversi telah tamat di situ, namun Ahya telah tampil mempertahankan tindakannya itu dengan alasan apa yang dilakukan adalah tidak bertentangan dengan ajaran Islam.

Ahya Rosli mempersoalkan mengapa apabila berlakon di dalam televisyen, pelakon boleh mencium perempuan yang bukan isteri, tetapi apabila memuatnaik gambar di laman Instagram mencium isteri yang sah di sisi Islam, ia dipertikaikan oleh netizen. Ahya juga turut berkongsi keratan artikel mengenai bercumbu antara pasangan suami isteri yang sah.

Klik untuk gambar besar


Kata Ahya menerusi kapsyen Instagramnya: "Kalau berlakon dalam tv boleh cium perempuan yang berlakon jadi isteri tu, tapi kalau cium isteri yang betul tak boleh letak dalam Instagram.. Dia kata islam tak ajar.. Pakai otak la nyet sebelum cakap ngan aku. What a great morning," tulisnya dengan berserta tanda pagar ciumisteripunnakviral, bagaltakdekerja, netizenjugakbest & iloveyounetizen.

Namun netizen mempersoalan keratan artikel tersebut yang dipotong separuh. Ramai yang telah memberikan komen dan menasihati Ahya agar tidak menunjukkan kemesraan terlebih walaupun sudah berkahwin. Setakat pegang tangan itu ok lagi, tapi kalau dah sampai bercium bagai, memang kurang manis apabila ditatap orang lain.

Biasalah orang baru berkahwin memang teruja nak tunjuk kemesraan masing-masing. Namun janganlah terlalu over sangat. Ada benda yang hanya suami dan isteri sahaja yang perlu tahu. Kalau semua benda kita kongsi di laman sosial, apa lagi yang tinggal untuk dijadikan something special untuk pasangan kan? Banyak cara nak tunjukkan kebahagiaan yang sedang dikecapi dan gambar bercumbu bukanlah salah satu daripadanya. Apa kata anda?




www.myartis.com / Sumber & foto: Beautifulnara, Media Hiburan & Instagram Ahya Rosli


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: