27 August 2019

HIDAP KANSER USUS TAHAP 4 - PEMINAT DOAKAN IBU FAZREEN SEMBUH


"Alhamdullillah 1st targeted chemo berjaya.. hopefully takde la side effects yang kuat sangat kat mak Faz..," tulis pelakon Fazreen Rafi sambil disusuli dengan tanda pagar cancerfighter, kanserusustahap4, menerusi laman Instagram miliknya.





Fazreen memaklumkan mengenai perkembangan kesihatan ibunya, Sutina Sahari yang sudah pun berjaya melakukan sesi kemoterapi yang pertama. Malah kongsi pelakon 'Suami Paling Sweet' ini turut mengharap agar proses kemoterapi tidak terlalu beri kesan buat ibunya.

Menjengah ke ruangan komen pula, rata-rata peminat mendoakan agar ibu Fazreen kembali sembuh seperti sedia kala selain ada yang turut berkongsi kisah dan petua. Terdahulu, pada penghujung Jun lalu, Fazreen juga ada brkongsi perihal si ibu yang selamat menjalani pembedahan bagi membuang usus, ovari dan rahim.

"Betul la cakap orang bila kita dah tua kita akan jadi budak balik.. Comel je tengok diaorang dua.. Alhamdullillah operation mak Faz berjaya, buang usus, rahim n ovari.. So next chemotherapy.. Doakan mak Faz.. amin..," katanya sebelum ini.

Klik untuk gambar besar





www.myartis.com / Sumber & foto: Media Hiburan & Instagram Fazreen Rafi


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: