27 August 2019

SAFIEY ILIAS: "MAK CAKAP ANAK LELAKI MAK DAH KEMBALI... APIT SAYANG MAK"


Menerusi perkongsian terbaru, usahawan komestik Safiey Ilias telah memuatnaik fotonya bersama ibu tersayang serta berkongsikan luahan ibunya yang gembira anak lelakinya sudah kembali. Semalam, Safiey berkongsikan perkhabaran gembira bahawa dia sudah pun selesai menjalani pembedahan untuk membuang payudara palsu atau implan silikon.





"Mak cakap anak lelaki mak dah kembali. Malam tadi, mak tak makan sebab risau pembedahan. Apit sayang mak. Maaf muka tahan sakit," tulis penyanyi lagu "Syinta Gila' itu.

Safiey memberitahu dia menuruti permintaan bapanya yang mahukannya membuang implan tersebut. Katanya lagi, dia asyik memikirkan bagaimana jika esok lusa dia meninggal dunia. Meskipun ada rakannya menghalang namun Safiey berkata dia nekad membuang implan tersebut demi redha Allah dan ibu bapanya.

Klik untuk gambar besar


Dalam pada itu, netizen tidak putus-putus memberikan kata semangat kepadanya dan semoga Safiey akan terus istiqamah. Netizen juga turut meluahkan rasa syukur Allah memberikan kesedaran kepada Safiey untuk menjadi insan lebih baik.

Malah, ramai yang merasa sebak dengan penghijrahan Safiey dan menyifatkan pembedahan itu adalah hadiah paling berharga buat ibu bapanya. Apa pun kita doakan yang baik-baik saja untuk Safiey semoga dipermudahkan untuk kembali ke fitrah asalnya.






www.myartis.com / Sumber: Rotikaya


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: