09 August 2019

BERSALIN BEDAH - 'MIKHAEL IMAAN', NAMA ANAK KEDUA SHIMA ANUAR


"Alhamdulillah another beautiful journey. Everything went well. We are so happy to have our baby boy yesterday. Thank you Allah, thank you suami, thank you Dr Seri and thank you everyone yg selalu mendoakan sy. Meet my new boyfriend, Mikhael Imaan Bin Mohd Solih," demikian tulis pelakon Shima Anuar menerusi laman Instagramnya.





Pelakon yang mencipta nama menerusi filem 'Flat 3A' dan '7 Petala Cinta' itu telah selamat melahirkan anak lelaki, kira-kira jam 9 pagi semalam. Suaminya, Mohd Solih Toha berkata, bayi seberat 2.88 kilogram itu dilahirkan secara pembedahan dan kedua-dua ibu serta anak sihat.

"Alhamdulillah, semuanya selamat, cuma Shima perlu banyak berehat, memandangkan baru menjalani proses pembedahan. Segala-galanya berjalan lancar dan proses pembedahan itu mengambil masa 30 minit. Jika diikutkan, Shima dijadualkan bersalin 10 hari lagi, namun dimasukkan ke hospital lebih awal apabila menunjukkan tanda mahu bersalin.

Untuk makluman, Shima mendirikan rumah tangga dengan Solih, yang juga seorang ahli perniagaan pada 8 April 2017. Pasangan itu, sebelum ini dikurniakan cahaya mata perempuan, Marian Sophia.

Klik untuk gambar besar





www.myartis.com / Sumber & foto: Berita Harian & Instagram Shima Anuar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: