09 August 2019

PERIKSA DI MALAYSIA: "ASLI... SAYA BERASA LEGA" - FIRMAN TAK KISAH NILAI


"Pada mulanya isteri saya yang memakai subang itu ditegur oleh seorang individu yang mendakwa ia kelihatan palsu, saya tidak ambil pusing kerana saya percaya ia hadiah daripada sebuah program yang dianjurkan oleh Astro.





"Tapi selepas Aishah yang juga juara program tersebut membangkitkan hal ini saya rasa ingin tahu dan bimbang tentang ketulenannya. Kemudian saya membawa subang ini ke kedai emas di Bandung, Indonesia, namun mereka pula minta kemukakan sijil aslinya terlebih dahulu," demikian ujar penyanyi Indonesia, Firman Siagan.

Firman, 41, yang membuat dakwaan menerima berlian palsu darpada usahawan komestik, Datuk Seri Hasmiza Othman atau lebih dikenali Datuk Seri Vida sebagai hadiah Gegar Vaganza musim keempat (GV4) Julai lalu menukar kenyataannya pada Khamis.

Klik untuk gambar besar


Penyanyi yang terkenal dengan lagu 'Rindu Serindu Rindunya' dan 'Kehilangan' ini mengesahkan berlian berupa set subang itu adalah asli selepas membuat pemeriksaan di sebuah kedai barangan kemas di Kuala Lumpur.

Terdahulu, Firman melahirkan kerisauannya terhadap ketulenan hadiah yang diterima dalam program GV4 kepada media Malaysia. Firman dalam kenyataan pada 18 Julai lalu mendakwa subang berlian berkenaan tidak bernilai seperti mana yang diumumkan.

Dalam pada itu, Firman berkata, dia membuat pendedahan itu juga bagi membersihkan nama dan tanggapan negatif masyarakat terhadap penyanyi lagu 'I Am Me' itu yang terjejas dengan tuduhan tersebut. Katanya, biarpun nilai berlian itu tidak seperti diumumkan, namun dia berpuas hati dengan pengesahan tersebut.



"Saya harap rakan-rakan penyanyi yang menerima barangan kemas sebagai hadiah dalam program GV4 turut membuat pemeriksaan seperti mana yang saya lakukan hari ini bagi membersihkan tanggapan negatif masyarakat terhadap Vida.

"Saya juga tidak terlalu kisah tentang nilai subang berlian tersebut yang dikatakan cuma bernilai RM10,000 berbanding RM30,000 yang dinyatakan Vida, mengetahuinya sebagai barangan asli sudah cukup membuat saya berasa lega," tambahnya.

Sebelum ini, juara program GV4, Aishah membuat pendedahan mengenai hadiah rantai bernilai RM80,000 yang ditaja usahawan kosmetik itu adalah palsu. Penyanyi lagu 'Janji Manismu' itu mengetahui barangan kemas tersebut palsu selepas mengadakan pemeriksaan di sebuah kedai emas. Bagaimanapun, kemelut itu sudah berakhir dan Aishah berjaya mendapatkan ganti rugi apabila Vida bersetuju untuk membayar harga pameran barang kemas dengan jumlah tersebut.




www.myartis.com / Sumber: mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: