09 August 2019

HAIDA SAHKAN HAMIL LAGI, USIA KINI 6 BULAN


"Mampukah Mommy kurus kembali? #6monthspregnant," demikian tulis bekas bintang Gegar Vaganza musim keempat (GV4), Haida Hafiz yang mengesahkan dirinya sedang hamil enam bulan menerusi laman Instagram miliknya.





Sementara itu, menerusi ruangan komen di laman Instagramnya sebelum ini, Haida turut menjawab pertanyaan daripada rakan-rakan dan pengikutnya yang menegur perubahan bentuk badannya: "Lima bulan dah, kak," jawab Haida ringkas pada ruangan komen.

Menerusi entri lain, Haida juga turut berkongsi foto yang menunjukkan 'baby bump' dari sisi tepi. Unruk makluman, Haida atau nama lengkapnya Noor Haida Mohd Idris, 38, berkahwin dengan lelaki pilihannya yang dikenali sebagai Mr. R sebelum menyertai program GV4 lagi.

Bagaimanpun, penyanyi 'Zapin Usik Mengusi'k ini tidak pernah berkongsi tentang butiran perkahwinan keduanya ini. Terdahulu, Haida pernah mendirikan rumah tangga dengan bekas penerbit program TV, Aminuddin Yahya pada 2004 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Muhammad Al Hafiz Aminuddin, 14.

Klik untuk gambar besar



www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Haida


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: