09 August 2019

KHIR RAHMAN PENGSAN DI LOKASI - JOEY MOHON DOAKAN CEPAT SEMBUH


"Khir tidak cukup rehat, makan pun tak... Tambah lagi dengan cuaca panas. Dia pula kalau buat kerja (berlakon) memang akan beriya-iya (bersungguh). Dia memang akan fokus pada kerja dia dan tak pedulikan benda lain sehinggalah benda yang dia buat tu selesai.





"Saya dimaklumkan Khir jatuh ketika sedang menjalani penggambaran. Doakan kesihatan Khir semoga dia cepat sembuh," kata pelakon dan pelawak Joey Daud yang memohon semua mendoakan kesihatan sahabatnya, pelakon Khir Rahman yang tiba-tiba jatuh pengsan di lokasi penggambaran.

Ketika dihubungi, Joey memberitahu dia dimaklumkan oleh pengurus Khir bahawa pelakon tersebut tidak cukup rehat. Joey berkongsi mengenai berita kurang baik tersebut di akaun sosial Instagramnya pada Khamis dan telah mendapat reaksi daripada rakan-rakan pelawak dan selebriti tanah air.

Klik untuk gambar besar


"Ya Allah.. adakah ujian ni membuatkan kami lebih kuat.. aku percaya ada hikmahnya.. Saya bermohon sama-sama berdoa ke atas abang k rahman supaya cepat sembuh.. Aamiin @kei_ramoss @vicha_barbie @jbornofficial @zonlawak @astrogempak," tulis Joey di Instagram.

Joey dan Khir berpasangan dalam program realiti Muzikal Lawak Superstar (MLS) bersama Vicha, menerusi kumpulan Jborn. Dalam pada itu, Vicha turut dihubungi untuk mengetahui tentang persembahan mereka di MLS malam ini (Jumaat).

Menurut Vicha Jborn mungkin akan beraksi tanpa Khir dan pihak produksi juga sudah meminta mereka untuk menukar jalan cerita: "Saya dan Joey percaya ada hikmah di sebalik apa yang berlaku. Kami mahu Khir berehat dan cepat sembuh supaya dia boleh kembali bersama Jborn. Kami juga telah menukar jalan cerita untuk dibawa ke pentas MLS malam ini. Kami akan buat yang terbaik untuk Khir".




www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Joey Daud


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: