09 August 2019

"SEMOGA DUGAAN DADDY & MUMMY INI BERI HIKMAH" - DOA FIZO BUAT ANAK


Menerusi kemas kini terbaharu, pelakon, pengacara dan usahawan Fizo Omar memuatnaik videonya gelagat anaknya, Wan Maryam yang mencuit hati. Melihat kapsyennya pula, Fizo berharap dugaan yang menimpa rumah tangganya sebelum ini bersama bekas isterinya, Mawar Abdul Karim akan memberi hikmah yang baik buat anak mereka.





Fizo yang kini berada di Tanah Suci Makkah untuk menunaikan Rukun Islam kelima berdoa agar hubungannya dia dan bekas isteri sentiasa baik dan tidak putus demi memberi kasih sayang yang cukup buat satu-satunya anak mereka. Entri tersebut mendapat perhatian peminat serta pengikutnya yang rata-rata mendoakan yang terbaik buat keluarga tersebut.

"Ya Allah Ya Tuhanku, jadikan anakku Wan Maryam Wan Hafizol sebagai seorang anak yang solehah, taat kepada ibu dan bapanya. Anak yang bijak, yang suka bersedekah, dan berbakti kepada agama dan masyarakat. Semoga dengan dugaan dari Allah buat daddy dan mummy memberi hikmah kepada anak ini membesar dengan penuh kasih sayang dan didikan yang akan membawa daddy dan mummy ke syurga Firdaus.

Klik untuk gambar besar


"Kasih sayang dari daddy dan mummy buat Cik Yam tidak akan berkurang malah akan bertambah lagi.Insya-Allah semoga hubungan silaturrahim daddy dan mummy akan terus berkekalan sampai bila-bila. Semoga Allah makbulkan doa kami...Ameen YRA...," tulis Fizo yang berkongsi nukilan serta doa buat anaknya itu di akaun Instagram miliknya.

Pasangan itu sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat, pada 10 Julai lalu. Lafaz cerai itu dibuat, Fizo atau nama sebenarnya Wan Hafizol Wan Omar, 34, selaku defendan terhadap Mawar, 30, sebagai plaintif di hadapan Hakim Syarie Che Abdullah Che Hassan. Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada November 2013 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang kini berusia dua tahun.




www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Fizo Omar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: