09 August 2019

DEDAH DALAM SIDANG MEDIA, PERTUNANGAN - ELLY RANCANG NIKAH 2020


"Setakat ini, beberapa persediaan sudah dilakukan dan tarikh untuk majlis perkahwinan pun sudah ada. Tapi, saya akan kongsikan dalam satu majlis sidang media khas apabila semuanya sudah muktamad. Berkemungkinan besar, majlis sidang media ini juga akan diadakan serentak dengan majlis pertunangan saya," kata penyanyi dan pelakon Elly Mazlein atau nama sebenarnya Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi.





Genap menjalin hubungan cinta bersama seorang lelaki dari Pantai Timur, bintang versatil itu mengakui dirinya kini sedang diulit bahagia, apatah lagi turut merancang untuk mendirikan rumah tangga bersama lelaki yang dipanggil 'Papa Awan Nano' itu tahun depan. Elly juga mendedahkan, dia merancang untuk memperkenalkan si pengarang jantungnya itu menerusi satu sidang media yang mungkin diadakan serentak dengan majlis pertunangan bersama bakal suami.

Malah ujar penyanyi ''Usah Ditambah Bara Yang Tersimpan' ini, dia juga tidak akan melakukan majlis secara tertutup, sebaliknya mahu menjemput rakan media yang banyak membantunya dalam industri: "Saya nak rakan media ada sama di hari bahagia ini dan ia umpama hadiah buat mereka yang sentiasa membantu sepanjang karier seni berlangsung".

Klik untuk gambar besar


Pada masa sama, Elly turut merakamkan rasa syukur atas rezeki seni yang kini hadir. Percaya atas rahmatNya, bintang ini juga menafikan sebelum ini hanya mendengar kisah rezeki orang yang bakal berkahwin saja: "Selama ini, hanya mendengar cerita mengenai rezeki orang yang bakal berkahwin dan sekarang, saya sendiri dah mula rasa. Tawaran kerja pun tak henti-henti.

"Baik tawaran lakonan, nyanyian dan pengacaraan, semuanya datang serentak dan saya bersyukur kepada Allah atas rezeki yang dikurniakan," maklum Elly yang sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga bersama pengarah, Azmi Hatta dan dikurniakan cahaya mata, Putri sara Sefhia Azmi sebelum bergelar ibu tunggal.








www.myartis.com / Sumber & foto: Media Hiburan & Instagram Elly Mazlein


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: